Posted by: apai | July 31, 2008

Malaysia (0) vs Chelsea (2)

29hb Julai 2008

Malam tu gua terjebak jugak (setelah kena ‘racun’ dengan adik2 gua) turun ke Stadium Shah Alam menyaksikan team seteru MU menentang team Malaysia. Gua sudah tentulah menyokong pasukan negara yang tercinta… walau pun gua tak kenal langsung sape2 yang main untuk team Malaysia tu… sori beb. Tapi takkan nak suruh gua sokong team biru tu… silaplahhhh.

Ternyata game malam tu memang rancak. Team Malaysia berjaya mempamerkan permainan yang meyakinkan. Walau pun gol Malaysia berjaya dibolosi hasil sepakan cantik Anelka & Malouda tetapi gua tetap puas hati. Walau pun Ballack perasan macam star (…err… memang dia star) tak main langsung malam tu. Gua tau ramai peminat Chelsea kuciwa sebab tak dapat tengok mamat ni beraksi tapi gua ok je. 90 minit yang menghiburkan.

Man of the match (sepatutnya): GOALKEEPER MALAYSIA (tak tau nama… sori beb).

Caption: Banner ni adik gua kelepet kat dalam stadium tu dan abaikan je kualiti gambar tu…

Posted by: apai | July 23, 2008

20.07.2008

Pada tanggal 20hb Julai yang baru ni aku menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada adik aku yg no 2.

“setahun uwan meninggalkan kita. alfatihah… semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin”

Tak aku sangka pulak adik aku ni ingat tarikh tu. Yang pasti memang kitorang semua amat merasai kehilangan arwah uwan. Walau pun dah setahun tapi rasanya macam baru je dia pergi (ayat cliche ni).

Dan rupanya dengan sms tu juga membuatkan aku kembali terpanggil untuk menjenguk blog aku yang dah bersawang ni. Sebab setahun yang lalu juga aku pernah menulis tentang perkara ini.

Terima kasih amir untuk sms tu.

Posted by: apai | February 19, 2008

G3 Mac 08!

mg3_20080301_cov-1.jpg

Artwork cover – Gayour

Kaler – Aura

Akan berada dipasaran 23 Februari 08. Banyak cerita2 yang menarik kat dalam ni…

Posted by: apai | February 13, 2008

Parlimen Bubar!

Ni bukanlah blog politik tapi aku rasa peristiwa ni kira macam pentinglah jugak untuk sejarah negara ni. Hari ni 13hb Februari 08 Pak Lah umum parlimen dibubarkan setelah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung. Esok akan diumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.

Kalau nak mengundi tahun ni aku kena balik kampung. Rasa macam malas je.

Nasib baik abah dah call hari tu suruh balik mengundi.

EDIT : Tarikh penamaan calon 24hb Feb. Tarikh pilihan raya umum ke-12 pada 8hb Mac 08.

Posted by: apai | February 12, 2008

I’M BACK!

Ye… ni bukan cerita Terminator… ni kisah benar.

Tak percaye?… lantaklah korang… muahahaha.

Posted by: apai | October 18, 2007

Selamat Hari Raya!

Alhamdulillah… genap aku berpuasa sebulan ramadan tahun ni. Harap2 dapat bertemu lagi ramadan tahun hadapan. Ucapan selamat hari raya maaf zahir batin kepada korang yang baca blog ni. Mana2 ada salah dan silap harap maafkanlah ye.

 Aku tertarik dengan satu kiriman sms hari raya daripada seorang kawan lama aku masa sekolah rendah dulu. Dia dapat nombor handphone aku pun sebab dia pegi jumpa mak aku kat kampung. Indah sungguh ramadan tahun ni. Namanya Ku Mohd Khairul Nizam Ku Mohd Khir @ ayoi. Bacalah…

Kok dilipek sebosar kuku
Kok dibontang sebosar alam
Kok hilang dicaghi
Kok hanyut dipinteh
Kok tenggolam disolam
Kok datang nampak muko
Kok poie nampak belakang
Jauh diimbau
Dokek digamit
Seuntai salam sejambak kato
Dogup bicagho merisik ghaso
Salam aidilfitri maaf zahir batin.
Posted by: apai | October 3, 2007

Tahniah!

Semalam – 2hb Oktober 2007 / 20 Ramadan 1428H.

Amir @ Kamarul – adik aku nombor dua baru saje menimang cahayamata yang kedua. Alhamdulillah… baby berada dalam keadaan selamat. BABY GIRL!. Bersalin kat Hospital Besar Seremban. Nama takde lagi. Hari ni ngade2 telefon aku tanya ada nama yang best tak untuk anak dia. Mana pernah aku terfikir nak letak nama anak orang ni. Tapi aku akan cuba usahakan… just cadangan nama je. Deadline hari ni sebab esok dia nak pergi register dah.

Tahniah Amir & Mala!

(err… gambar takde lagi sebab tak sempat pegi melawat lagi. kalau ada nanti aku letak kat sini…)

edit : Anak Amir dah dapat nama dah. NUR AMIRLA QISYTINA. err… aku yang bagi nama tu.

Posted by: apai | September 23, 2007

TAG! LAYANNN!

Apalah kerja korang ni… ngade2 gi tag aku pasal apa… muahahaaa. Kan aku dah terjebak kena menaip lagi ni. Tapi ok jugak… kalau tak bersaranglah blog aku ni. Nah…

5 things in my bag:

  1. usb cable untuk hp aku (dopod 818pro)
  2. vcd pirate software illustrator cs2
  3. komik Batman Darknight Return
  4. majalah Sirip
  5. bil kredit kad yang tak sempat nak bayar lagi

5 things in my wallet:

  1. lesen memandu masih ada ‘P’ (bulan 3 tahun depan baru habis… hampeh!)
  2. stem 30sen (ada 6) aku rasa dah dekat 5 tahun usianya.
  3. kredit kad
  4. kad rawatan AIA (tak pakai pun…)
  5. duit tak berapa nak ada…

5 favourite things in my bedroom:

  1. dvd boxset (ada lebih 10 title… bukan yang asli ye…)
  2. bag dvd (ada dekat 200 title… diulangi… bukan yang asli) 
  3. dvd player
  4. tv sharp 29″
  5. koleksi magazine

5 things I would like/love to do:

  1. nak travel satu dunia… serius ni.
  2. nak pegi Bali lagi sekali…🙂
  3. nak beli rumah untuk investment (property…)
  4. nak beli koleksi dvd semua movie
  5. nak selalu update blog… ngeh ngeh ngeh…

5 things I’m currently doing:

  1. puasa… so far alhamdulillah.
  2. download tutorial photoshop
  3. tengah dok fikir kat luar hujan ke tak?
  4. sangap nak tido…
  5. tengah fikir2… nak singgah masalam ke tak on the way back nanti… nak beli dvd (lagi…)

Hmm… boleh jugak aku menaip siapkan semua ni… semangat puasa kot ni. Layan jelah ye.

Posted by: apai | July 26, 2007

20.07.2007

19.7.2007 (Khamis) – 12.12pm

Aku menerima panggilan talipon daripada adik aku – Mimi. Kalau dah mukadimahnya macamni “… bang boleh balik kampung sekarang tak?”. Apa yang korang expect?. Pertanyaan bertalu-talu daripada aku sebab kalau takde perkara emergency mustahil diorang nak tanya soalan macam tu. “…uwan (nenek) accident!”, jawab Mimi. Itu pun dah cukup untuk membuatkan seluruh nadi aku tersentak.

Aku : Teruk ke?

Mimi : Paklang cakap kalau boleh memang kena balik.

Aku : Ya Allah… takkan sampai teruk macam tu (dalam hati). Ok… abang balik sekarang.

Aku terus bagitau dengan wife kita kena balik kampung sekarang. Tanpa banyak soal kitorang pun terus bergerak untuk balik ke kampung daripada ofis. Dalam perjalanan bertalu-talu adik-adik yang lain telefon. Tiba-tiba terima panggilan daripada Busu (bapa saudara) memaklumkan uwan akan ditransfer dari hospital Kuala Pilah ke Hospital Besar Seremban. Soalan yang sama jugak aku tanyakan kat Busu macamane condition uwan. Dia pun tak dapat nak cakap macamane. Aku jadi semakin risau… kenapa semua orang tak boleh nak cerita conditionnya. Kira-kira pukul 2.00 petang kitorang selamat sampai di Hospital Besar Seremban. Beberapa orang adik aku dah ada kat sana. Uwan masih kat dalam bilik xray.

20072007_1.gif

Bila uwan diusung keluar dari bilik xray aku tak boleh nak bayangkan betapa teruknya dia dilanggar. Maklang sempat bercerita, uwan dilanggar oleh matrempit ketika baru turun dari kereta. Masa tu aku rasa kalaulah matrempit tu ada kat depan aku maunya keluar buletin utama malam tu. Kalau tak aku mati budak tu mati. Keadaan uwan memang parah. Uwan kemudian dimasukkan ke unit kritikal. Kitorang tak dibenarkan masuk. Doktor masih menunggu keputusan xray tadi. Lebih kurang 10 minit kemudian sorang jururawat datang membawa keputusan xray. Kitorang semua berdebar-debar. Suasana dah semakin sayu. Tiba-tiba seorang doktor lelaki muda keluar dan memanggil siapa waris kepada Siti Zawiyah. Kitorang semua merapatkan diri ke doktor tu. Dari riak muka doktor tu dah cukup membuatkan aku rasa nak pengsan.

Doktor : Nenek ni mengalami pendarahan otak yang teruk!

Aku : Ya Allah….. (masa ni gua cuba kuatkan semangat jugak…)

Doktor : Kami tak boleh nak buat apa-apa. Kitorang dah try call HKL, diorang pun kata tak boleh nak buat apa-apa. Sekarang ni kitorang akan pindahkan nenek ni ke wad.

Aku : Berapa lama boleh bertahan doktor? (…airmata aku dah mula mengalir).

Doktor : Itu bergantung kepada kesihatan nenek ni sebelum berlaku kejadian. Samada beliau sihat atau pun sebaliknya. Ada apa-apa soalan lagi?

Abah : Takpelah doktor. Kalau dah macam tu keadaanya kami bersedia doktor. (Abah memang seorang anak yang tabah tetapi saat itu abah tetap mengalirkan airmata).

Uwan dipindahkan ke wad 8B. Masih tidak sedarkan diri dan pernafasannya bergantung kepada mesin. Masa tu dah ramai saudara mara mula berkumpul. Aku menunggu sampai petang dan keadaan uwan masih kritikal tidak sedarkan diri. Selepas aku merasakan tiada apa lagi yang mampu kitorang lakukan aku pun minta izin untuk pulang. Aku sempat mencium dahi uwan. Masa tu seluruh badan aku bergetar. Hati aku berdetik, kalau uwan memang dah ditakdirkan pergi… aku redha.

20.07.2007 (Jumaat) – 12.05pm

Handphone aku berdering. Abah yang call. Aku dah boleh rasakan apakah perkhabaran yang bakal aku terima.

Abah : Assalamualaikum

Aku : Waalaikumsalam

Abah : Uwan dah takde

Aku : Innalillah… (seterusnya tak keluar dari mulut aku… cuma bergema dalam hati).

Uwan menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 12.00 tengahari hari Jumaat 20.07.2007. Aku termenung seketika. Airmata aku mengalir. Aku terlalu sayangkan uwan. Aku cucu sulung. Sewaktu aku kecil aku memang membesar dengan uwan. Aku sampaikan perkhabaran itu kepada isteri dengan nada antara dengar dengan tak dengar. Aku harus balik untuk menatap wajah uwan untuk kali terakhir.

Kira-kira jam 5.30pm van jenazah sampai di perkarangan rumah uwan. Orang kampung dah penuh sesak sejak dari pukul 3.00pm lagi. Jenazah dah siap dimandi dan dikafankan di hospital. Aku menyambut pengusung itu dan mengusungnya naik ke atas rumah untuk disembahyangkan. Aku bergerak dahulu ke tanah perkuburan. Di sana semua persiapan dah pun siap. Kira-kira 10minit selepas tu van jenazah pun sampai.

20072007_3.gif

Di sinilah uwan disemadikan. Sesungguhnya pemergianmu amat aku rasakan. Walau bagaimana pun aku redha. Dah memang begitu yang tertulis maka begitulah kesudahannya. Uwan, semoga dirimu di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Cucumu ini akan tetap mendoakan yang terbaik buat dirimu. Semoga kita dapat bertemu lagi di ‘sana’ nanti, insyaAllah.

 Siti Zawiyah Bt Maasar (08.11.1934 – 20.07.2007) semoga rohmu dicucuri rahmat.

Posted by: apai | June 27, 2007

Sayonara… Kobis Bunga

image_00036.gifimage_00035.gif

Tanggal 22hb yang lalu adalah hari terakhir Kobis Bunga bersama2 kitorang di Karangkraf. Beliau adalah antara kartunis yang paling lama bersama majalah g3. Beliau khabarnya beralih ke profesion sebagai petani moden sepenuh masa. Maka dengan itu jadilah profesion beliau sebagai kartunis hanya sambilan sahaja. Beliau akan mengusahakan tanaman emas cotek. Lumayan jugak pasarannya kata Kobis. Tapi beliau tetap menyumbang karya di dalam g3, Bacaria dan Sinar Harian.

Kiranya macam nak buat farewell untuk Kobis maka satu jamuan makan2 diadakan dirumah gua. Hari khamis (21hb Jun) tu gua & wife sediakanlah makan tengahari seadanya. Sponsored skit mana yang mampu. Ala kadar je. Harap diorang puashati… tapi kalau diorang tak puashati… arghhh lantaklah… muahahaa. Adalah sikit gua letakkan gambar diorang buat huru hara kat rumah gua hari tu. Snap pun pakai handphone cap serigala jers… tu yang gambar cam hampesss tu.

 Untuk Kamarulzaman Jalani @ Kobis Bunga … selamat berjaya.

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.