Posted by: apai | June 25, 2007

Yang berlalu tetap berlalu…

Hmm… nak start tang mana ni…

1. Trip family kitorang dengan team foto success. Antara yang paling happening – sesi karaoke (especially chip dgn pasangan duet ayie & lan). Surprise utk brader zul – birthday dapat hadiah tepung sekilo. Of course snorkeling (walaupun nampak ikan tiga empat ekor jers). Team gua juara keseluruhan… yeahooo. First time Naza Ria gua jalan jauh (sampai Lumut je)… konvoi selalu kena tinggal… hampeh.

 2. Fiesta Media Idola (FMI) ke Kuantan, Pahang seminggu lepas balik dari Pangkor. Gua jadi manager team bowling. Tak puashati gua dengan organizer sebab last minute tukar plan pengiraan pungutan mata. Kalau combined point team pompuan ngan lelaku Karangkraf dapat no 3 (sepatutnya…). Tapi walau macamne pun tahniah untuk team pompuan dapat gak naik podium ambik hadiah. Kitorang buat gempak kat pantai Teluk Cempedak sebab malam tu kitorang buat bbq dan semua artis wakil Karangkraf joint. Last2 jadi macam mini concert plak kat situ… best siot. Yang penting kontinjen lain memang makan hati dengan kitorang sebab Karangkraf je yang siap ada escort sampai ke hotel masa sampai tu… muahahaha.

 3. Trip ke Jakarta. Panas. Nasib baik dapat lepak apartment dengan fasiliti yang lengkap dan yang paling penting dapat rate yang cukup special. Makanan feveret aku of course – nasi padang. Hilang diet aku (…diet ke?). Isteriku shopping sakan. Tapi memang barang murah2 (khas utk org pompuan…) kat sana. Tak hairan kalau diorang boleh shopping handbag sampai 7 – 8. Balik aku demam dan cirit-birit. Ni semua gara2 tak jaga makan kat sana. So kalau sesape nak pegi Jakarta – makan kena jaga. Secara jujurnya – Bandung lagi best dari Jakarta… yeehaaa.

 4. 19hb Jun me & family terbang plak ke Kuching. Petang tu nasib kitorang baik sebab ada Pasar Minggu Satok. Memang happening. Kat sini masyarakat pribumi Sarawak akan keluar ke Kuching membawa hasil2 pertanian mereka untuk dipasarkan. Kitorang shopping macam2 – sayur midin, terubuk bakar, err… banyak lagilah. Bawak balik apartment – masak. Pastu malam dinner ada orang sponsored. Tapi memang murah giler. Esoknya pegi muzium Kuching. Pastu lepak Waterfront tengok ramai orang mancing udang… mmm… geramnya aku tak bawak set pancing masa tu. Nak balik tu sempat singgah di rumah panjang Bidayuh. Pastu pegi melawat tempat orang utan. Kat sini yang bestnya sebab orang utan tu memang hidup di habitat yang sebenar. Tak dikurung pun. Dapatlah tengok diorang bagi orang utan ni makan. Dan tak lupa singgah kilang buat pasu Sarawak. Tak beli apa pun… hahaha.

Err… tu je kot apa yang berlaku.

Dah berlalu dah…

Posted by: apai | June 19, 2007

Sangap…

Banyak betul kejadian yang berlaku dan berlalu. Cuma kemampuan aku terbatas untuk menaipnya di sini… (ayat lebih tepatnya, malaslah tu). Pagi ni bila ada kenalan lama (radenputri) tinggalkan komen rasa macam kena menaiplah baik semula ni kat sini. Ada jugak orang yang nak baca blog ntahapapa ni. Cargass….

Posted by: apai | April 3, 2007

Berlibur & berhibur

Minggu ni – 6/7/8hb April 2007

Me & family akan bercuti ke P. Pangkor. Actually kitorang akan pergi bersama2 team photographer. Untuk sesi brainstorming katanya… tak kisahlah as long as aku dapat berlibur bersama family. Antara yang menarik – acara snorkeling, karaoke, bolatampar,  bolasepak pantai dan macam2 lagi. Tahniah team foto sebab berjaya organise trip ni buat tahun kedua. Harap2 semuanya berjalan lancar.

Minggu depan – 13/14/15hb April

Aku bersama2 team Karangkraf seramai lebih kurang 80 orang akan berangkat ke Kuantan, Pahang untuk menyertai temasya Fiesta Media Idola (FMI) 07. Aku dipertanggungjawabkan selaku pengurus pasukan bowling Karangkraf. So far so good. Sudah pasti aku mengharapkan kemenangan. Kami akan bertolak dari premis Karangkraf seawal jam 7.00 pagi. Sepuluh buah kancil Sinar Harian akan menghiasi jalanraya mengiringi kontinjen Karangkraf sepanjang perjalanan ke Kuantan. Hari ahad malam dijangka kami akan berangkat pulang.

28/29/30/hb April & 1hb Mei

Aku akan berlibur pula ke Jakarta. 4hari 3malam. Hmmm… apa yang best kat Jakarta ye? Tak kisahlah yang penting aku dapat pergi bersama2 isteri tercinta. Alaa… pergi pun sebab dapat tambang murah Airasia. Tak kisahlah tambang murah ke tak… yang penting aku boleh pergi jalan2 obersi dengan wife aku… ha ha ha. Ibaratnya ini adalah kesinambungan daripada jalan2 makan angin tahun lepaslah ni (… tahun lepas pegi Bandung). InsyaAllah kalau ada gambar2 yang menarik nanti akan aku persembahkanlah kat sini… tu pun kalau ada. Yang penting… holiday… yeehaaaa.

Yang nyata… aku memang suka berlibur dan berhibur…

Posted by: apai | March 23, 2007

Jackpot??? Hmmm…

22/3/2007 – Pagi ni pukul 9.40

Dah ramai start berkumpul kat depan meja aku ni. Hari ni ada perjumpaan dengan Pengarah Urusan. Seperti yang semua staf dah tau, hari ni Pengarah Urusan nak announce majalah mana yang dapat jackpot untuk performance tahun 2006. Tahniah kepada yang berjaya menggondol ‘imbuhan’ yang telah dijanjikan (macam ayat menang anugerah pulak). Yang kurang berjaya… takpe… 2007 masih terlalu awal untuk mengaku kalah.

Untuk team g3… kita dah cuba buat yang termampu… hanya itu yang mampu dilakukan oleh tulang empat kerat kita. Yang nyata tahun 2007 ni kita akan ‘pulun’ cukup2. Kita maintain dengan plan promosi yang kita dah rancang tu. Sesungguhnya sekarang pun dah menampakkan hasilnya. Gua salute dengan semangat yang korang tunjukkan. Gua harap semua usaha kita ni akan menjaminkan ’sesuatu’ untuk tahun depan.

Jackpot??? … tunggu Mac 2008!!!

Posted by: apai | March 19, 2007

Forum g3 (baca: g three)

Sekarang ni selain berblog orang pun suka berforum.

Nah… ni forum untuk komuniti majalah g3

http://g3.puteranime.com

sudi-sudilah lawat ke sana ye.

Posted by: apai | March 14, 2007

Takziah

Sedang seronok menghirup air milo o, sedang enak menjamah sarapan roti jala, sedang rancak bersembang dengan 3 orang rakan yang lain di cafe pagi ni tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita sedih. Botak memaklumkan kepada aku ayah Linda (editor KLIK) telah pulang ke rahmatullah. Jenazah akan dikebumikan pagi ni. Aku sempat menghantar sms menyampaikan ucapan takziah kerana aku tak dapat nak datang menziarah beliau. Yang pergi tetap akan pergi… yang tinggal perlu meneruskan hidup yang berbaki. Alfatihah.

Sedang berkira2 ramaikah yang mungkin akan pergi menziarah Linda, tiba2 sekali lagi aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Tiba2 aku menerima panggilan telefon daripada isteriku. Ada sebuah kemalangan yang melibatkan seorang staf Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB) berdekatan dengan kilang Royal Mint (Bank Negara). Kemalangan membabitkan sebuah motosikal (staf UPSB) dengan sebuah Perodua Kenari. Kalau dilihat secara kasarnya penunggang motosikal tu agak teruk cederanya. Aku ni sebagai salah seorang Jawatankuasa Keselamatan syarikat merasakan ada perlunya untuk aku bertindak demi kepentingan kakitangan syarikat. Sebaik saja aku sampai di tempat kejadian, mangsa dah dibawa ke hospital oleh rakan2 beliau. Aku harap semuanya selamat.

sekarang…

aku masih di pejabat menunggu sehingga selesai urusan pdf. HARI NI DEADLINE.

Posted by: apai | March 6, 2007

Dulu & sekarang…

10 April 2000

Pagi tu aku dengan sorang mamat ni lapor diri kat Ultimate Print PJ. Mamat ni lambat skit sampai. Sampai je berpeluh2. Rupanya dia lambat sebab gi balai polis nak tanya Ultimate Print kat mana. Kesian kau… ha ha. Maka hari tu lah bermulanya sejarah perjalanan hidup aku bertugas di Kump. Karangkraf Sdn Bhd. Dan hari tu jugaklah bermulanya persahabatan aku dengan mamat ni yang bernama Shazrol Suhaime @ Roy. Pernah tinggal serumah waktu bujang… sekarang masing2 dah ada family. Sempat jadi pengapit masa Roy kahwin. Sama2 tubuhkan Gen-Y dan berjaya membantu menerbitkan majalah JOM!, G3 & KLIK.

2 Mac 2007

Hari ni hari terakhir Roy bersama2 kitorang di Karangkraf. Dia dah jumpa ‘laluan’nya yang betul. Peluang yang ada dia tak nak lepaskan. Aku pasti Roy dah betul2 bersedia untuk ‘dunia’ yang dia cari tu. Lastday Roy di Karangkraf aku tak dapat nak lepak lama… aku tau banyak perkara yang kitorang nak bincangkan. Takpelah Roy… lain kali kita boleh lepak lagi sembang2 cerita kemajuan perjalanan hidup masing2. Syabas sebab kau ada isteri yang betul2 memahami dan banyak membantu kau setiap masa dan waktu (sukalah Lynn tu…). Ada sorang ‘hero’ untuk kau mencurahkan segala rahsia kehidupan… like father like son… yeehaaa. Harap kau happy dengan kehidupan kau sekarang.

Posted by: apai | February 26, 2007

Hello

Ni post aku yg pertama guna wordpress. Lama dah dgr orang lain buat blog guna wordpress tapi ni baru aku nak cuba. Aku tak tau lagi apa aku nak letak dalam blog ni. Kalau rajin mungkin aku akan buat blog ni macam dairi perjalanan hidup aku seharian… tu pun mana yang aku boleh share dengan koranglah… Yang nyata aku ni memang malas nak tulis diari. Biasanya awal2 tu rajinlah tapi bila dah masuk 2 – 3 bulan tu mulalah malas nak tulis. Itu diari cara zaman hang tuah… mungkin bila dah ada diari di alam maya ni aku rajin plak nak tulis…. hmmm… tengoklah nanti.

Selamat datang buat diri aku ke dunia blog @ diari di alam maya.

« Newer Posts

Categories