Tanggal 22hb yang lalu adalah hari terakhir Kobis Bunga bersama2 kitorang di Karangkraf. Beliau adalah antara kartunis yang paling lama bersama majalah g3. Beliau khabarnya beralih ke profesion sebagai petani moden sepenuh masa. Maka dengan itu jadilah profesion beliau sebagai kartunis hanya sambilan sahaja. Beliau akan mengusahakan tanaman emas cotek. Lumayan jugak pasarannya kata Kobis. Tapi beliau tetap menyumbang karya di dalam g3, Bacaria dan Sinar Harian.
Kiranya macam nak buat farewell untuk Kobis maka satu jamuan makan2 diadakan dirumah gua. Hari khamis (21hb Jun) tu gua & wife sediakanlah makan tengahari seadanya. Sponsored skit mana yang mampu. Ala kadar je. Harap diorang puashati… tapi kalau diorang tak puashati… arghhh lantaklah… muahahaa. Adalah sikit gua letakkan gambar diorang buat huru hara kat rumah gua hari tu. Snap pun pakai handphone cap serigala jers… tu yang gambar cam hampesss tu.
Untuk Kamarulzaman Jalani @ Kobis Bunga … selamat berjaya.


What? hmm…sudah rezeki dia…
By: radenputri on June 28, 2007
at 2:25 am
No worry. Dia masih tetap menyumbang mcm biasa kt Karangkraf… cuma sebagai partimer. Lainlah macam rezeki orang tu… dah jadi bos besar sekarang
.
By: apai on June 28, 2007
at 3:33 am
Salam apai,
Patutla aku tgk blog bila selipar berkata-kata sengap jer, kat sini ko bertapa rupanya….hampeh!
Bagi aku 1 reason utk aku langgan G3. Cepat la apai, aku takde bahan bacaan bulanan ni.
By: madstone on July 2, 2007
at 1:30 am
wsalam mad.
blog tu aku tak tau hala tuju dah… tu yg aku tinggal macam tu je tu… muahahaa.
mmm… reason ye. memula kau kena langgan sebab kau kawan aku… muahahaa. kedua sebab kau peminat kartun tanahair (hardcore). ketiga sebab kau boleh tgk artwork yg takara kaler kt dalam tu (isu Julai). keempat sebab… kau banyak duit… muahaha lagi. ok dah kot reason aku tu.
tension siot pergh down ni.
By: apai on July 2, 2007
at 1:38 am
G3 skrg ni byk improvement tak?
Asal pergh down?Pergh down tulis blog la wei!
Kalau aku langgan setahun dpt free gift tak?
By: madstone on July 2, 2007
at 1:17 pm
Assalamualaikum wbt.
Pertama, mengucapkan teruskan berkarya kepada team g3 terutama kartunis-kartunis yang kaw-kaw. Kedua, selamat berkecimpung dalam bidang baru kepada Kobis Bunga.
By: Pakcik Kalam on August 8, 2007
at 1:55 am