19.7.2007 (Khamis) – 12.12pm
Aku menerima panggilan talipon daripada adik aku – Mimi. Kalau dah mukadimahnya macamni “… bang boleh balik kampung sekarang tak?”. Apa yang korang expect?. Pertanyaan bertalu-talu daripada aku sebab kalau takde perkara emergency mustahil diorang nak tanya soalan macam tu. “…uwan (nenek) accident!”, jawab Mimi. Itu pun dah cukup untuk membuatkan seluruh nadi aku tersentak.
Aku : Teruk ke?
Mimi : Paklang cakap kalau boleh memang kena balik.
Aku : Ya Allah… takkan sampai teruk macam tu (dalam hati). Ok… abang balik sekarang.
Aku terus bagitau dengan wife kita kena balik kampung sekarang. Tanpa banyak soal kitorang pun terus bergerak untuk balik ke kampung daripada ofis. Dalam perjalanan bertalu-talu adik-adik yang lain telefon. Tiba-tiba terima panggilan daripada Busu (bapa saudara) memaklumkan uwan akan ditransfer dari hospital Kuala Pilah ke Hospital Besar Seremban. Soalan yang sama jugak aku tanyakan kat Busu macamane condition uwan. Dia pun tak dapat nak cakap macamane. Aku jadi semakin risau… kenapa semua orang tak boleh nak cerita conditionnya. Kira-kira pukul 2.00 petang kitorang selamat sampai di Hospital Besar Seremban. Beberapa orang adik aku dah ada kat sana. Uwan masih kat dalam bilik xray.

Bila uwan diusung keluar dari bilik xray aku tak boleh nak bayangkan betapa teruknya dia dilanggar. Maklang sempat bercerita, uwan dilanggar oleh matrempit ketika baru turun dari kereta. Masa tu aku rasa kalaulah matrempit tu ada kat depan aku maunya keluar buletin utama malam tu. Kalau tak aku mati budak tu mati. Keadaan uwan memang parah. Uwan kemudian dimasukkan ke unit kritikal. Kitorang tak dibenarkan masuk. Doktor masih menunggu keputusan xray tadi. Lebih kurang 10 minit kemudian sorang jururawat datang membawa keputusan xray. Kitorang semua berdebar-debar. Suasana dah semakin sayu. Tiba-tiba seorang doktor lelaki muda keluar dan memanggil siapa waris kepada Siti Zawiyah. Kitorang semua merapatkan diri ke doktor tu. Dari riak muka doktor tu dah cukup membuatkan aku rasa nak pengsan.
Doktor : Nenek ni mengalami pendarahan otak yang teruk!
Aku : Ya Allah….. (masa ni gua cuba kuatkan semangat jugak…)
Doktor : Kami tak boleh nak buat apa-apa. Kitorang dah try call HKL, diorang pun kata tak boleh nak buat apa-apa. Sekarang ni kitorang akan pindahkan nenek ni ke wad.
Aku : Berapa lama boleh bertahan doktor? (…airmata aku dah mula mengalir).
Doktor : Itu bergantung kepada kesihatan nenek ni sebelum berlaku kejadian. Samada beliau sihat atau pun sebaliknya. Ada apa-apa soalan lagi?
Abah : Takpelah doktor. Kalau dah macam tu keadaanya kami bersedia doktor. (Abah memang seorang anak yang tabah tetapi saat itu abah tetap mengalirkan airmata).
Uwan dipindahkan ke wad 8B. Masih tidak sedarkan diri dan pernafasannya bergantung kepada mesin. Masa tu dah ramai saudara mara mula berkumpul. Aku menunggu sampai petang dan keadaan uwan masih kritikal tidak sedarkan diri. Selepas aku merasakan tiada apa lagi yang mampu kitorang lakukan aku pun minta izin untuk pulang. Aku sempat mencium dahi uwan. Masa tu seluruh badan aku bergetar. Hati aku berdetik, kalau uwan memang dah ditakdirkan pergi… aku redha.
20.07.2007 (Jumaat) – 12.05pm
Handphone aku berdering. Abah yang call. Aku dah boleh rasakan apakah perkhabaran yang bakal aku terima.
Abah : Assalamualaikum
Aku : Waalaikumsalam
Abah : Uwan dah takde
Aku : Innalillah… (seterusnya tak keluar dari mulut aku… cuma bergema dalam hati).
Uwan menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 12.00 tengahari hari Jumaat 20.07.2007. Aku termenung seketika. Airmata aku mengalir. Aku terlalu sayangkan uwan. Aku cucu sulung. Sewaktu aku kecil aku memang membesar dengan uwan. Aku sampaikan perkhabaran itu kepada isteri dengan nada antara dengar dengan tak dengar. Aku harus balik untuk menatap wajah uwan untuk kali terakhir.
Kira-kira jam 5.30pm van jenazah sampai di perkarangan rumah uwan. Orang kampung dah penuh sesak sejak dari pukul 3.00pm lagi. Jenazah dah siap dimandi dan dikafankan di hospital. Aku menyambut pengusung itu dan mengusungnya naik ke atas rumah untuk disembahyangkan. Aku bergerak dahulu ke tanah perkuburan. Di sana semua persiapan dah pun siap. Kira-kira 10minit selepas tu van jenazah pun sampai.

Di sinilah uwan disemadikan. Sesungguhnya pemergianmu amat aku rasakan. Walau bagaimana pun aku redha. Dah memang begitu yang tertulis maka begitulah kesudahannya. Uwan, semoga dirimu di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Cucumu ini akan tetap mendoakan yang terbaik buat dirimu. Semoga kita dapat bertemu lagi di ’sana’ nanti, insyaAllah.
Siti Zawiyah Bt Maasar (08.11.1934 – 20.07.2007) semoga rohmu dicucuri rahmat.